Padam Akaun & Data

Smart KAFA

Cara memohon

Hubungi kami menggunakan salah satu cara di bawah, dan nyatakan nama penuh pelajar serta e-mel akaun yang hendak dipadam.

💬 WhatsApp Kami ✉️ E-mel Kami

Kami akan mengesahkan permohonan itu dengan orang yang membuka akaun tersebut, kemudian memadamkannya dalam tempoh 30 hari. Pengesahan ini perlu supaya akaun seorang pelajar tidak boleh dipadam oleh orang lain.

Padam sebahagian sahaja

Anda tidak semestinya perlu memadam keseluruhan akaun. Kalau anda mahu membuang sebahagian maklumat sahaja dan mengekalkan akaun itu, nyatakan dalam permohonan anda. Contohnya:

Banyak daripadanya boleh juga diubah sendiri di halaman Profil selepas log masuk.

Apa yang dipadam dan apa yang kekal

MaklumatSelepas permohonan
Nama, nama panggilan, e-mel, nombor telefonDipadam
Kata laluanDipadam
Tahun persekolahan dan negeriDipadam
Markah kuiz, kemajuan topik, streakDipadam
Rekod permainanDipadam
Rekod peranti yang pernah log masukDipadam
Kedudukan dalam papan pendahuluHilang serta-merta bersama akaun
Rekod pembayaran Dikekalkan selama 7 tahun, kerana undang-undang perakaunan Malaysia menghendaki rekod urus niaga disimpan. Nama pembayar dikaburkan, dan rekod itu tidak lagi bersambung dengan mana-mana akaun pelajar.

Akaun adik beradik

Kalau akaun yang dipadam itu ialah akaun ibu bapa yang membayar, semua akaun anak di bawahnya turut dipadam sekali. Kalau anda mahu mengekalkan akaun anak, nyatakan dalam permohonan.

Selepas dipadam

Pemadaman tidak boleh dibatalkan. Markah dan kemajuan yang sudah dipadam tidak boleh dikembalikan. Anda masih boleh membuka akaun baharu pada bila-bila masa, tetapi ia bermula dari kosong.

Baca Dasar Privasi penuh →
© 2026 Smart KAFA