Smart KAFA · Dikemas kini 21 Ogos 2026
Smart KAFA ialah platform pembelajaran KAFA untuk pelajar sekolah. Kami mengumpul maklumat yang paling minimum untuk membolehkan seorang pelajar log masuk, menyimpan markahnya, dan membolehkan guru serta ibu bapa melihat kemajuannya.
Kami tidak menjual maklumat peribadi kepada sesiapa. Kami tidak memaparkan iklan di dalam sistem ini. Kami tidak berkongsi maklumat pelajar dengan syarikat pengiklanan atau mana-mana pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
Semasa mendaftar akaun:
Semasa menggunakan sistem:
Semasa membuat pembayaran:
Kami tidak pernah menerima atau menyimpan nombor kad kredit, nombor akaun bank atau kata laluan perbankan anda. Semua itu dikendalikan terus oleh pihak gerbang pembayaran.
Sistem ini digunakan oleh kanak-kanak sekolah. Akaun pelajar dibuka oleh ibu bapa atau guru, bukan oleh kanak-kanak sendiri.
Dalam paparan yang dilihat oleh pelajar lain, contohnya papan pendahulu dan senarai rakan yang sedang aktif, kami memaparkan nama panggilan sahaja. Nama penuh, e-mel dan nombor telefon seorang pelajar tidak pernah dipaparkan kepada pelajar lain.
Ibu bapa boleh meminta salinan atau pemadaman maklumat anak mereka pada bila-bila masa. Hubungi kami menggunakan butiran di bawah.
Selain itu, tiada. Kami tidak menjual data kepada sesiapa.
Semua sambungan ke sistem ini disulitkan menggunakan HTTPS. Kata laluan disimpan dalam bentuk cincangan sehala, jadi ia tidak boleh dikembalikan kepada teks asal walaupun oleh kami.
Maklumat akaun disimpan selagi akaun itu aktif. Kalau anda meminta pemadaman, kami akan memadamkannya dalam tempoh 30 hari, kecuali rekod pembayaran yang perlu disimpan untuk tujuan perakaunan.
Sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan privasi, hubungi:
E-mel: aasoftwaretechnology@gmail.com
WhatsApp: +601149652252