Anak belajar sambil bermain, ibu bapa nampak perkembangannya. Nota berwarna, kuiz yang terangkan jawapan, permainan dan laporan bulanan, semuanya ada di satu tempat.
Soalan ini diambil terus dari bank soalan Smart KAFA. Tekan jawapan, huraiannya keluar serta-merta. Tak perlu daftar, tak perlu log masuk.
Dalam Smart KAFA ada 5,450 soalan lagi, lengkap dengan huraian, nota setiap topik dan kertas trial UPKK.
Daftar PercumaSetiap bahagian direka supaya anak mahu kembali setiap hari, bukan sekadar buka bila disuruh.
Nota panjang dipecahkan jadi bahagian pendek supaya anak tak rasa terbeban. Dia boleh sambung di tempat dia berhenti, dan boleh cetak untuk ulang kaji.
Bila jawapan salah, sistem terus terangkan kenapa. Hujung kuiz, semua soalan yang tersilap dipapar semula supaya anak betul-betul faham, bukan sekadar hafal.
Lawan kawan secara langsung, cabar kelajuan, padankan kad, susun perkataan atau main papan ular dan tangga. Semua soalannya diambil dari sukatan KAFA sebenar.
Setiap hari anak jawab kuiz, streak dia naik. Papan pendahulu tunjuk kedudukan antara rakan sekelas. Itu sudah cukup buat mereka berlumba belajar.
Ringkasan bulanan setiap anak: berapa kuiz dijawab, markah purata, subjek paling kukuh dan yang perlu perhatian. Guru boleh terus hantar ke WhatsApp.
Koleksi kertas soalan latihan yang boleh dibaca terus di telefon atau dicetak untuk latih tubi menjelang peperiksaan.
Ulasan sebenar daripada ibu bapa yang anaknya menggunakan Smart KAFA.
Soalan dalam setiap permainan datang dari topik KAFA yang sama, jadi masa bermain pun masa belajar.
Cabar kawan satu lawan satu secara langsung. Siapa jawab lebih tepat, dia menang.
Berapa banyak soalan boleh dijawab sebelum masa habis?
Padankan soalan dengan jawapannya. Latih ingatan sambil ulang kaji.
Susun semula huruf yang bercelaru jadi istilah yang betul.
Papan ular dan tangga. Baling dadu, jawab soalan, kumpul mata. Boleh main 2 hingga 4 orang.
Markah dikumpul setiap kali anak menjawab kuiz. Kedudukan di bawah berubah sendiri mengikut siapa paling rajin ulang kaji.
Mengikut sukatan KAFA, dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Tak perlu pasang apa-apa. Buka pelayar, terus boleh guna di telefon, tablet atau komputer.
Isi nama, e-mel dan pilih tahun pengajian anak. Ambil masa kurang seminit.
Anak pilih subjek, baca nota bahagian demi bahagian, kemudian jawab kuiz topik itu.
Markah, streak dan ranking dikemas kini terus. Ibu bapa boleh minta laporan bulanan dari guru.
Sistem ini bertambah sepanjang masa, dan semuanya terbuka untuk pelanggan sedia ada tanpa bayaran tambahan.
Daftar akaun percuma dan biar anak terus mencuba kuiz pertamanya.